Friday, 4 November 2011

Jagalah perasaan aku!

Mood: Entah ?

Sedang kita mencuba menjaga hati perasaan orang lain,kita yang terluka.Kita cuba sedaya upaya untuk memahami situasi seseorang.Tapi sedarkah bahawa seseorang itu langsung tak pernah nak memahami kita punya situasi dan cuba untuk memaksa kita.terus dan terus memaksa.
 
Aku selalu mencuba untuk menjadi yang terbaik dan menjadi pendengar terbaik dan boleh membantu yang lain selagi diri aku ni masih mampu.Aku berusaha untuk menjadi seorang yang penyabar sifatnya.Namun itu bukan bererti aku orangnya yang tiada hati dan perasaan yang boleh kau buat sesuka hati tanpa berfikir mengikut kewarasan yang dicipta oleh Dia buat kau.Aku bukan boneka yang hanya menurut apa yang disuruh.Aku juga bukan kaku untuk menunduk atas segala ejekan yang kau berikan.
 
Aku paling benci berjumpa dengan manusia yang punya pemikiran sempit,yang menilai seseorang dari sudut kecantikan,....bla bla bla.... Memang benda benda macam tu ke yang di bawa mati nanti ? Tidak sedarkah yang Allah swt bukannya menilai dari semua itu,tapi Allah swt menilai dari sudut keimanan dan hati kita . Jadi cuba buang pemikiran kolot dan sempit itu dan jangan cuba untuk menilai seseorang hanya dari sudut pandangan subjektif sahaja sedangkan kita langsung tidak tahu apa yang terjadi dalam kehidupan seseorang itu.Cubalah belajar untuk menghargai seseorang itu.Jangan hanya kerana nila setitik,rosak satu susu sebelanga :))

Okayy,aku tau..aku bukanlah seorang yang perfect.Sama jea dengan orang lain.
Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan diaorang. So,tolong ubahlah
perangai kau tu. Nak ikutkan,bukannya aku sorang yang tak suka ngan perangai
kau yang berlagak bagus tuu.
 
Boleh ke kita mulakan semuanya dengan saling menghargai ?
Jangan terasa kay. Bye. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment